Followers

Sunday 17 March 2013

wanita (Dehearty)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



3 comments:

  1. Assalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.

    1) http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html

    2) http://dibahspa.blogspot.com/2013/03/jamu-asli-sihat-cantik-jamu-no-1-wanita.html


    Thank you Cik Ayu :)

    ReplyDelete
  2. best lagu kat blog ni.. lagu apa ni?

    ReplyDelete
  3. erm,lagu tu memg best.dgr skali x puas ase. lagu muhasabah cinta nyanyian edcoustic.

    ReplyDelete